Berang dirakam video ketika bertuala, penyanyi dedah ‘SOP’ keji penguatkuasa
Seorang penyanyi mendakwa terdapat pegawai Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) merakam video semasa dia dan pelanggan lain tidak berpakaian ketika sedang berurut dengan tukang urut wanita di SS14.
Menurutnya, semasa sesi urutan sedang berlangsung, terdapat 10 hingga 15 pegawai penguatkuasa lelaki MBSJ datang ke premis itu.
“Alasan mereka (merakam video tidak berpakaian) ini adalah ‘operasi’ dan mengikut peraturan mereka, ini adalah sebahagian daripada SOP mereka,” katanya.
Menerusi rakaman video Sharifah Zamaera yang tular di media sosial, wanita berkenaan berulang kali bertanyakan kepada sekumpulan penguatkuasa terbabit siapa yang melakukan rakaman itu.
“Abang-abang ini datang nak check (premis). Satu abang (penguatkuasa) ni buka tirai di sini dan rakam video.
“Siapa ambil video? Siapa ambil video?” soal Sharifah Zamaera berulang kali yang berang dirakam video semasa dia hanya bertuala.
Malah, kata Sharifah, pegawai-pegawai penguatkuasa terbabit cuba menyalahkannya dan mengatakan bahawa tiada sesiapa yang melakukan rakaman video.
Namun, Sharifah berkata, beliau dengan jelas melihat pegawai yang membuka tirai bilik urut itu dan sedang merakam video menggunakan telefon.
Menerusi rakaman video Sharifah itu didapati penguatkuasa MBSJ terbabit termasuk beberapa individu yang tidak berpakaian rasmi kelihatan mendiamkan diri.
“Bila tanya soalan, semua senyap sebab dah tahu malu dan bersalah,” kata Sharifah lagi.
BACA JUGA NADMA dah hantar mesej banjir esok, METMalaysia ramal hujan lebat hingga 11 Disember
Â