Kes MP Pendang digantung 10 hari, Dewan Rakyat panas lagi
Persidangan Dewan Rakyat pagi tadi berlangsung tegang selama lebih setengah jam kerana pembangkang membantah keputusan penggantungan Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Hashim dari mengikuti sidang Parlimen selama 10 hari.
Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul yang mengendalikan sidang pagi tadi telah memberikan laluan kepada beberapa Ahli Parlimen pembangkang dan kerajaan untuk mengemukakan pandangan berhubung perkara tersebut.
Antara yang bangkitkan perkara itu adalah Ketua Whip Pembangkang, Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu).
Beliau berkata, peraturan menetapkan mana-mana ahli Dewan tidak boleh diheret untuk dikenakan tindakan hanya kerana membuat kenyataan di luar.
Selepas meneliti hujah dari lima Ahli Parlimen pembangkang yang lain, Johari membuat keputusan menolak desakan blok itu untuk mempertimbang semula keputusan penggantungan Awang Hashim.
Beliau menegaskan keputusan itu telah dipertimbang secara mendalam selain beberapa kali memberi peluang kepada Awang membuat permohonan maaf selepas menghinanya menerusi video TikTok pada 18 Julai lalu.
“Saya sudah dengar semua ini, pandangan saya dan keputusan saya seperti hari pertama saya berada di sini.. bila saya duduk sini saya perlu ketepikan perbezaan politik, maknanya saya tidak main politik.
“Semua dalam Dewan ini kawan-kawan saya. Namun begitu saya juga mesti ada pegangan. Sebab itu bila seorang ahli Dewan menghina saya di luar Dewan
… hari itu yang eject (arah keluar dewan) bukan saya, tapi timbalan saya.
“Bila dia (Awang) kena (keluar Dewan), pemberita tanya, dia kata inilah speaker zalim, saya dengar dalam tv, apa hal?,” kata Johari.
Johari berkata beliau juga telah meminta Awang memohon maaf atas perlakuannya tetapi tidak diendahkan.
“Sebab itu saya kata, apa juga kami kata hari ini, jangan hina speaker,” katanya sambil meminta semua pihak menghormati keputusannya.
BACA JUGA Luruan monsun diramal hingga 16 Disember, apa maksudnya?
Â