Luruan monsun diramal hingga 16 Disember, apa maksudnya?

Luruan monsun yang sedang berlaku dijangka berterusan sehingga 16 Disember ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia).

Menerusi kenyataan hari ini, METMalaysia memaklumkan keadaan itu berpotensi menyebabkan hujan berterusan di timur dan utara Semenanjung serta Sabah sepanjang tempoh berkenaan.

“METMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan (buruk dan waspada) membabitkan timur dan utara Semenanjung berkuat kuasa sehingga 11 Disember ini.

“Amaran angin kencang dan laut bergelora bagi perairan Laut China Selatan berkuat kuasa sehingga 12 Disember ini.

“Orang awam dinasihatkan supaya sentiasa merujuk laman sesawang www.met.gov.my dan media sosial rasmi METMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi mendapat maklumat terkini dan sahih,” katanya.

Sebelum ini, METMalaysia mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap buruk di beberapa daerah di Terengganu dan Pahang sehingga 11 Disember ini ini.

BACA JUGA NADMA dah hantar mesej banjir esok, METMalaysia ramal hujan lebat hingga 11 Disember