Kes rasuah: Rayuan Syed Saddiq didengar lagi tiga bulan

Mahkamah Rayuan Putrajaya menetapkan 19 Mac tahun depan untuk mendengar rayuan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Ia susulan sabitan dan hukuman berkaitan kesalahan rasuah yang dihadapi pemuda berusia 30 tahun itu.

Dilaporkan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin dalam pengurusan kes hari ini.

Dua hari turut diperuntukkan untuk mendengar rayuan tersebut iaitu 19 dan 20 Mac 2025.

“Mahkamah turut menetapkan 4 Mac 2025 sebagai tarikh akhir bagi kedua-dua pihak untuk mengemukakan hujahan bertulis masing-masing,” katanya.

Pada 9 November tahun lalu, Syed Saddiq yang juga bekas Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Bersatu didapati bersalah atas empat pertuduhan bersubahat melakukan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram dana sayap pemuda Bersatu itu.

BACA JUGA Berang dirakam video ketika bertuala, penyanyi dedah ‘SOP’ keji penguatkuasa

Â