JPS keluarkan amaran banjir di Pahang, ini senarai kawasan terlibat
Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan amaran banjir di kawasan-kawasan rendah dalam lingkungan 5 kilometer (km) di sekitar Sungai Pahang dekat Jerantut.
Lima kampung terlibat ialah Kampung Paya Garok, Kampung Teh, Kampung Batu Embun, Kampung Jeransang dan Kampung Teluk.
Jangkaan banjir itu bermula 12 Disember, jam 3 petang sehingga 14 Disember jam 11 malam.
Ramalan tersebut susulan amaran hujan berterusan tahap buruk oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) hari ini jam 1 tengah hari tadi.
Dalam masa sama, jangkaan banjir itu ekoran status aras air sungai yang diramalkan menaik dan akan melebihi aras bahaya.
Sehingga jam 11.15 malam tadi, paras air di lima sungai utama di Pahang melepasi tahap bahaya, menurut portal Public Info Banjir JPS.
Antaranya, Sungai Pahang di Kuala Tembeling dan Sungai Tembeling di Kuala Tahan masing-masing di Jerantut dengan trend menaik.
BACA JUGA Khairul Aming akui otak dah tak stabil selepas kena ‘bakteria banjir’
Â