Pengganas Israel lancar serangan berskala besar di Syria

Pengganas Israel melancarkan serangan berskala besar di Syria selepas kejatuhan Presiden Bashar al-Assad.

Lapor Al-Jazeera, lebih 250 sasaran ketenteraan telah diserang di Syria.

Lokasi serangan termasuk pangkalan tentera Assad, puluhan pesawat pejuang, puluhan sistem peluru berpandu, tapak pengeluaran dan gudang penyimpanan peluru.

Semalam, Israel merampas wilayah di kawasan yang dikuasai Syria di Bukit Golan.

Tentera Israel memberi amaran kepada rakyat Syria yang tinggal di lima perkampungan berhampiran dengan bahagian yang diduduki Israel di kawasan strategik.

Ketua pengganas Israel, Benjamin Netanyahu berkata, dia mengarahkan tentera untuk merebut zon penampan di Bukit Golan yang ditubuhkan oleh perjanjian gencatan senjata 1974 dengan Syria.

BACA JUGA Kes rasuah projek RM250 juta di Sarawak: Seorang lagi ‘Datuk’ ditahan

Â