Zuraida akan bayar seringgit demi seringgit, apa kes?

Bekas Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin akan mengadakan kutipan derma dan membayar seringgit demi seringgit selepas Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini mengarahkannya membayar bon RM100,000 kepada PKR.

Ia susulan tindakan bekas Naib Presiden PKR itu melanggar syarat bon yang mengikatnya kepada parti tersebut.

“Saya akan membuat kutipan derma… kita akan bayar seringgit demi seringgit hingga cukup RM60,000 kepada mereka,” katanya kepada pemberita di pekarangan mahkamah.

Ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu memberitahu walaupun panel tiga hakim Mahkamah Rayuan menetapkan beliau membayar sebanyak RM100,000, jumlah sebenar yang perlu dibayarnya ialah RM60,000 setelah menolak kos dikenakan terhadap PKR.

Dalam masa sama, bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia itu berterima kasih kepada panel hakim Mahkamah Rayuan yang telah meneliti serta mempertimbangkan rayuan dikemukakan pihaknya.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang membuat keputusan sebulat suara itu ialah Datuk See Mee Chun, Datuk Azman Abdullah dan Datuk Ahmad Kamal Md Shahid.

“Alhamdulillah, saya berterima kasih kepada panel hakim yang sangat bijaksana kerana mereka tahu apa amaun yang wajar dan patut dikenakan.

“Saya menganggap jumlah RM60,000 yang perlu dibayar setelah menolak kos RM40,000 dikenakan terhadap PKR itu sebagai sumbangan terakhir saya kepada parti itu,” katanya.

Dia juga berpendapat sepatutnya kesetiaan adalah kepada perjuangan dan bukan kepada parti politik.

Pada 23 Jun 2023, Mahkamah Tinggi membenarkan saman oleh PKR untuk menuntut RM10 juta daripada Zuraida kerana melanggar syarat bon yang mengikatnya kepada parti.

Zuraida yang juga bekas Ketua Wanita PKR itu kemudiannya memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi tersebut.

@sinarharianonline

‘Nak bayar ‘seringgit-seringgit’, anggap derma kepada PKR’ Bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zuraida Kamaruddin secara berseloroh memberitahu akan membayar saman kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) menggunakan wang ‘seringgit-seringgit’. Pada masa sama, Zuraida turut menyifatkan ganti rugi sebanyak RM100,000 yang perlu dibayar kepada PKR sebagai sumbangan kepada parti itu. SinarHarian BeritaSemasa Mahkamah PKR

♬ original sound – Sinar Harian – Sinar Harian

BACA JUGA ‘Hentikan apa yang sedang berlaku di Kelantan, Terengganu…’