Ahmad Samsuri bagi ‘hint’ lepas letak jawatan Bendahari Agung PN

Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar seakan memberi bayangan di sebalik keputusannya yang meletakkan jawatan sebagai Bendahari Agung Perikatan Nasional (PN).

Menerusi perkongsian di Facebook, beliau berkongsi satu petikan dari bekas pemain bola keranjang profesional Amerika Syarikat, Kareem Abdul-Jabbar.

Dalam petikan itu, Ahmad Samsuri seakan cuba menyampaikan bahawa beliau sedang melakukan perkara yang betul pada masa yang sesuai.

“Saya cuba melakukan perkara yang betul pada masa yang sesuai. Ianya mungkin hanya perkara kecil, tetapi pada kebiasaannya akan membezakan antara menang dan kalah”.

Demikian catatan ringkas dikongsikannya kepada pengikut.

Hantaran itu dibuat selepas beliau mengumumkan peletakan jawatan, ketika mesyuarat tertinggi PN baru sahaja diadakan Isnin lalu.

Beliau dikatakan telah menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada pihak pengurusan PN.

Tindakan Ahmad Samsuri itu mengejutkan banyak pihak, namun beliau buat masa ini enggan mengulas lanjut perihal berkenaan.

BACA JUGA Hishammuddin kata jangan percaya khabar angin beliau PM 2.0

Â