Euro 2024, Sumbangan Tunai Rahmah antara carian Google paling banyak dicari tahun ini
Google Malaysia mengeluarkan senarai 10 carian paling tinggi yang dibuat oleh rakyat Malaysia sepanjang tahun ini menerusi enjin cariannya.
Temasya bola sepak Euro 2024 merekodkan carian tertinggi setakat ini, menunjukkan sukan bola sepak amat dekat dengan rakyat Malaysia.
Euro 2024 atau Kejohanan Piala Eropah yang diadakan Julai lalu menjadi perhatian peminat bola sepak seluruh negara dan tidak terlepas juga rakyat negara ini.
Di tangga kedua dengan carian paling tinggi adalah Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
STR merupakan bantuan tunai yang diberikan kepada rakyat Malaysia daripada golongan miskin, B40 dan M40 mengikut kategori bujang, isi keluarga dan warga emas.
Manakala Pangkalan Data Utama (PADU) pula berada di kedudukan ketiga, paling banyak dicari oleh orang ramai.
PADU yang dilancarkan pada awal tahun ini oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, adalah sebuah sistem digital yang bertujuan mengumpul profil individu dan isi rumah meliputi warganegara dan pemastautin tetap di Malaysia.
PADU diwujudkan sebagai mekanisme untuk mengenalpasti golongan yang layak menerima manfaat dan tidak akan sesekali tercicir daripada menerima bantuan serta subsidi bersasar.
Seterusnya menduduki tangga keempat carian tertinggi adalah topik AFC Asian Cup dan diikuti Olympics 2024 di tangga ke lima.
Berikut senarai penuh 10 carian tertinggi.
Selain itu, Google Malaysia turut mengeluarkan beberapa kategori carian lain termasuk kategori sukan, siaran televisyen, filem, dan berita paling trending sepanjang tahun
BACA JUGA PM setuju bantuan FLYsiswa dinaikkan kepada RM400
Â