Malaysia-Thailand sepakat pastikan semua projek di sempadan siap pada waktu ditetapkan
Perdana Menteri berkata, Malaysia dan Thailand sepakat memastikan semua projek yang dipersetujui bersama di sempadan siap pada masa yang ditetapkan.
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kesepakatan itu dicapai selepas mesyuarat dua hala bersama Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra yang kini dalam lawatan rasminya ke Malaysia.
Antara projek (yang dibincangkan) adalah penjajaran jalan raya menghubungkan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam dengan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Sadao di Thailand.
“Turut menjadi fokus adalah projek pembinaan jambatan kedua menghubungkan Rantau Panjang, Kelantan dengan Sungai Golok di Narathiwat, yang pastinya akan memberi manfaat dalam pelbagai aspek kelak.
“Lawatan rasmi Perdana Menteri Thailand Paetongtarn ke Malaysia ini cukup bermakna,” ujarnya.
Sebelum itu, Perdana Menteri dan Paetongtarn sempat menyaksikan pertukaran dua Memorandum Persefahaman (MoU) mengenai Kerjasama Kebudayaan, Seni dan Warisan serta MoU mengenai Pembangunan Industri Getah dan Kerjasama Ekonomi.
BACA JUGA Suri rumah raih RM16,000 sebulan jual sandwich dan kek di mesin layan diri
Â