Kenapa mesra China tetapi bukan dengan ‘Cina Malaysia’?

Oleh NORMAN RADZUAN

Hadi Awang tampil membela Mahathir berhubung terlepasnya tiga batuan, iaitu Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan di Selatan negara ini kepada Singapura.

Yang lucunya dia sedikit pun tidak menyalahkan Mahathir tetapi menyalahkan kerajaan Madani yang dikatakan sengaja berlakon dengan memberi perhatian yang begitu besar kepada isu ini berbanding terlepasnya Singapura ke tangan British.

What! Apa kena-mengena dengan Singapura dijajah British kerana ketika itu bukan sahaja Singapura tetapi Tanah Melayu juga dijajah British.

Paling melucukan Hadi berkata, salahkan Mahathir ibarat macam tutup bangkai dengan tangan. Lagi melucukan dia boleh salahkan DAP sebagai watak sebenar yang berselindung di belakang pentas Parlimen memperkudakan MP Melayu dari PH dan UMNO untuk mengenakan Mahathir.

Anda sudah baca minda penulisan Presiden Pas ini, dua kali saya cuba memahaminya, saya masih tidak faham… ia ibarat orang tanya lain, lain dijawabnya.

Dia bawa pusing ke sana sini dengan ayat al-Quran yang tidak ada kena-mengena dengan cerita Pulau Batu Puteh.

Cuba anda baca ini,

“….Menjadikan bangsa Melayu di Singapura tenggelam laksana tenggelamnya kaum Nabi Nuh oleh peristiwa taufan paling besar dalam sejarah manusia yang meranapkan generasi awal zuriat Nabi Adam dan Nabi Nuh menyambung zuriatnya.

Mereka ditipu oleh para pemimpin supaya menentang

Rasul Allah Nabi Nuh AS, menuduh Nabi Nuh bodoh, berpolitik gila kuasa dan sesat padahal mereka menyaksikan benar dan bijaknya Rasul pilihan Allah.

Namun, mereka tidak percaya kepadanya dan amaran Allah yang diberitahu oleh nabinya yang wajib bersifat benar.”

Dia punya guna nama Tuhan dan para Nabi untuk pertahankan Mahathir. Mulia sungguh Mahathir ketika ini di mata Hadi ketika ini. Awas Mahathir jika kamu kecam Pas ‘pejuang Memali’ akan kembali syahid.

Lihat sahaja foto Hadi bersama Duta Besar Cina. Selepas kita dikejutkan dengan kunjungan wakil PN ke China yang baru sahaja pemimpin Pas sendiri menghina bendera China… kini tiba giliran Hadi Awang pula.

Seperti biasa puji-pujian kepada China dan baru dia sedar kepentingan hubungan dengan negara China.

Abdul Hadi Awang sekarang berusia 77 tahun.

Kata Hadi, “Saya amat menghargai kesungguhan TYT dalam mencari jalan ke arah memperkukuhkan hubungan antara China dan Malaysia, serta ketelitian TYT dalam memahami budaya rumpun Melayu dan dunia Islam secara umumnya.”

Sedangkan rakyat China kibar bendera China pemimpin Pas siang malam maki kejadian tersebut. Tiba-tiba hari ini Hadi puji langkah China memperkukuhkan hubungan Malaysia dengan China?

Lalu, saya tertanya-tanya mengapa layanan Pas kepada Cina Malaysia yang tiada kena mengena dengan komunis begitu ‘zalim’ tetapi dgn negara China komunis begitu mesra? Bukankah ia satu diskrimnasi kaum yg tidak adil kpd rakyat Malaysia sendiri.

Tapi itulah Hadi yang saya anggap licik dgn permainan spin seperti Mahathir. Semuanya boleh u-turn demi mengikut kepentingan dan keadaan politik semasa.

Saya berikan beberapa contoh, bukankah Pas sendiri sebelum ni marah kepada Mahathir sebab sia-siakan peluang Malaysia untuk tuntut semula hak kedaulatan ke atas Batu Puteh.

Siap keluar artikel lagi pada tahun 2022 kata keputusan Mahathir tarik balik rayuan ke ICJ merugikan negara.

Bahkan bersetuju dengan titah Sultan Johor dan gesaan Menteri Besar Johor supaya siasatan dijalankan ke atas individu yg membenarkan hal ini.

Mari kita lihat putar alam Hadi sebelum ini. Pada 2012, dia pernah keluar kenyataan sokong penuh dasar pengisytiharan harta supaya dapat halang ahli Pas berperangai seperti UMNO.

Selepas itu, apabila kerajaan nak laksanakan dasar ini pada tahun 2019, Haji Hadi spin pulak kata idea isytihar harta merupakan ideologi komunis. Pas takkan sokong usul isytihar harta kerana kononnya Islam melarang berbuat demikian.

Cerita pasal hudud pula, dulu dialah yan paling lantang desak kerajaan laksanakan hukum hudud.

Hukum hudud ni kira macam nyawalah dalam perjuangan Pas ini, sampaikan diorang sanggup tinggalkan Pakatan Rakyat sebab kata DAP lawan Hudud.

Tapi bila diorang jadi kerajaan dengan PN selama 33 bulan, langsung takde dengar dah perkataan Hudud dari mulut Haji Hadi dan pemimpin2 PAS. Bukan munafik sikap begini?

RUU355 pun dulu Pas desak kerajaan untuk bentang dan laksanakan sampai diorang berdemonstrasi di Padang Merbok pada 2017.

Pas siap nak bentang sendiri RUU355 ni, tapi pada akhirnya Haji Hadi sendiri yang tangguh nak bentang RUU355.

Sepanjang diorang jadi kerajaan 33 bulan, tidak dibentangkan pun RUU355 di Parlimen, lepas itu guna alasan tak sempat nak bentang dan laksana RUU355 sebab Parlimen dah bubar untuk bagi laluan PRU15 dilaksanakan. Memang kaki spin.

Dalam isu tragedi Memali 1985, Hadi pernah isytihar kematian penduduk kampung Memali yang terkorban dalam tragedi itu sebagai mati syahid.

Selepas itu masa PRU14, Pas juga yang serang Mahathir dalam kempen sebab ketika itu Mahathir kata penduduk Memali yang dikatakan syahid itu mati katak.

Masa Pas jadi kerajaan, apabila ditanya mengenai bila nak tuntut keadilan buat keluarga mangsa Memali, dikatanya itu soalan syaitan.

Confused syaitan dibuatnya. Dan sekarang ni, Hadi berkawan baik dengan individu yang bertanggungjawab atas serangan kampung Memali.

Dulu masa berkawan dengan DAP dalam Pakatan Rakyat, Hadi selalu puji DAP kata DAP ini mesra Islamlah, sokong perjuangan Islamlah.

Masa berkempen untuk Pilihan Raya Kecil Parlimen Teluk Intan, Hadi kata Pas akan kerah jentera bantu calon Melayu DAP kerana Pas takkan pernah lupa jasa DAP.

Sekarang ini apa dah jadi? Pas salahkan DAP dalam segala macam hal, tuduh DAP sebagai komunis, musuh Islam, kafir harbi dan segala macam.

Baru-baru ni, kecoh pasal Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan PMX makan asam pedas dekat restoran popular yang dimiliki orang Cina yang didakwa tiada sijil halal.

Berbondong-bondonglah kecaman penyokong PAS kpd Yang di-pertuan Agong dan PMX. Rupa-rupanya restoran tu ada je sijil halal.

Sebelum ini, mantan Menteri Besar Kelantan, Ahmad Yaacob pun pernah makan di kedai ini, kenapa masa itu tidak dikecam dia pulak.

Inilah dia sikap buruk Hadi sentiasa bertukar pendirian dan dalil berdasarkan kehendak nafsu politiknya. Dulu sembang lain, sekarang boleh u-turn sembang lain pula.

Maaf cakap mungkin agak kasar saya katakan, Mahathir dan Hadi ini bukan ‘mudah lupa’ tapi ‘kaki spin’.

Kedua-dua mereka ingat apa yang pernah mereka kata dan buat tapi keduanya ‘kaki spin’ sebab mereka tahu orang Melayu mudah diperbodohkan.

BACA JUGA Seruan Mahathir dan rakan-rakan semarakkan aktivis Sabah Sarawak nak tuntut merdeka