Lebih 6,000 pegawai perubatan letak jawatan sejak 2019

Seramai 6417 pegawai perubatan lantikan tetap dan kontrak telah meletakkan jawatan sejak tahun 2019 sehingga 2023, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Tawaran kerja sebagai pensyarah universiti awam, bekerja dengan sector swasta, sebab peribadi, isu kompetensi dan masalah kesihatan merupakan antara punca peletakan jawatan.

“Selain itu terdapat juga peletakan jawatan yang perlu dibuat oleh pegawai selaras dengan peraturan mengenai perkhidmatan yang berkuatkuasa bagi tujuan pegawai lantikan kontrak dipendekkan tempoh, dilantik semula secara tetap dan memudahcara proses pembayaran ganjaran kontrak,” kata Dr Dzulkefly dalam jawapan bertulis di Dewan Negara.

Analisis data perjawatan dan pengisian di Kementerian Kesihatan menunjukkan seramai 298,853 petugas sedang berkhidmat di Kementerian Kesihatan setakat 30 Jun 2024.

“Jumlah ini meliputi 266, 133 petugas tetap dan 32720 petugas kontrak.”

BACA JUGA: Poster papar gambar Dzulkefly palsu

Â