Pendirian Loke tidak berganjak meskipun dituduh penipu oleh Dr Mahathir

Meskipun dituduh sebagai penipu oleh mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook tidak berganjak dari pendiriannya bahawa tiada taklimat diberikan kepada Jemaah Menteri berhubung isu kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan pada tahun 2018.

Loke menegaskan bahawa masyarakat umum dan Dr Mahathir wajar membaca Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) secara keseluruhan yang mencatatkan kronologi dan latarbelakang krisis kedaulatan tersebut.

Mahathir hari ini telah menuduh bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, bekas menteri pertahanan Datuk Seri Mohamad Sabu dan Loke berbohong dengan mengeluarkan kenyataan bersama bahawa mereka hanya dimaklumkan berkenaan keputusan Dr Mahathir untuk tidak meneruskan usaha tuntutan ke atas Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan.

“RCI menunjukkan kelemahan terbesar iaitu proses membuat keputusan dan langkah ke hadapan ialah bagaimana keputusan tersebut dicapai.

“Untuk perkara penting yang melibatkan kedaulatan negara, prosesnya harus lebih terperinci,” kata Loke kepada media selepas menyampaikan ucaptama di Persidangan Malaysia – China.

“Jujur kata, untuk kebanyakan anggota Jemaah, ia mesyuarat pertama kami. Kami tidak tahupun bentuk memorandum Jemaah Menteri.

“Selepas itu, kita mengetahui keputusan Jemaah perlu dibuat berdasarkan kertas Kabinet dan perlu melalui proses di mana semua kementerian dan agensi berkaitan memberikan maklum balas dan komen.

Â