Tiga negeri diramal hujan berterusan selama 3 hari mulai hari ini

Amaran jangkaan hujan berterusan selama tiga hari di seluruh negeri Kelantan dan Terengganu bermula hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) turut meramalkan keadaan cuaca yang sama di Pahang melibatkan daerah Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin.

Selain tiga negeri terbabit, mulai 19 hingga 22 Disember, hujan berterusan berlaku di Johor melibatkan Mersing dan Kota Tinggi.

Di Sarawak keadaan cuaca yang sama dijangka membabitkan kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah.

Sementara itu, di Sabah pula membabitkan Ranau, Kota Belud, Telupid, Kinabatangan, Beluran, Sandakan dan Kudat.

BACA JUGA Anak muda dan B40 paling banyak berbelanja minuman manis, apa jadi selepas cukai gula dilaksana?

Â