MB Terengganu sekali lagi tunjuk teladan tidak baik selepas episod New Zealand
Penerangan Umno Marang (PUMAR) menyifatkan Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menunjukkan teladan yang tidak baik sekali lagi kepada rakyat Terengganu selepas episod New Zealand.
Walau bagaimanapun, PUMAR menerusi kenyataan hari ini masih berharap dakwaan bahawa Menteri Besar Terengganu berkenaan mengadakan lawatan ke luar negara ketika musim tengkujuh dan bencana banjir sebagai fitnah jahat terhadap pemimpin Pas itu.
Terdahulu, tular poster program Samsuri yang juga Naib Presiden Pas itu di Manchester, United Kingdom (UK) pada 22 Disember ini.
Dia dijadualkan terlibat dalam “Intelectual & Professional Dialogue” bertajuk “SG4 and its potential for national socio-economic agendas”.
Dialog tersebut bakal berlangsung di Sanam Sweethouse & Restaurant, Mancehester M14 5AW, UK.
Mengulas hebahan mengenai program melibatkan Menteri Besar itu, PUMAR mempersoal sama ada ahli Kelab Pas UK yang menjadi peserta program tersebut jika benar-benar diadakan.
“Dan apa halnya nak kena cerita potensi sosio-ekonomi SG4 sampai ke luar negara ni? Siapa yang hebat sangat sampai MB yang kena mengadap hingga ke UK sana? Nak tarik pelaburan Davidi-Brown ke?” menurut kenyataan PUMAR lagi.
Samsuri juga sebelum ini dikatakan banyak kali terbabit dalam lawatan yang tidak jelas potensi pelaburan termasuk delegasi Menteri Besar ke Perancis.
“Katanya misi pelaburan, hanya gambar ‘dialog’ bersama Duta Besar Malaysia Ke Perancis sebagai pembuktian.
“Sesama sendiri, orang Malaysia juga! Berapa nilai potensi pelaburan yang dibawa balik, tak pula dilaporkan, tak jelas.
“Yang pasti, aktiviti temasya Olimpik Paris tersangatlah kebetulan berlaku dan aktiviti membeli belah di Champs-Elysees pasti tak ketinggalan,” tempelak PUMAR lagi.
BACA JUGA Heboh ramai mengaku kena ‘scam’ melancong ke Korea, ini penjelasan Kim Seri