Pas kata Najib patut dibebaskan terus, tak perlu tahanan rumah

Seorang Senator Pas berkata, Datuk Seri Najib Razak tidak sepatutnya diberikan tahanan rumah, sebaliknya perlu dibebaskan sepenuhnya.

Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, pendirian beliau kini bertambah teguh bahawa perbicaraan Najib adalah “perbicaraan senget” kerana bekas Perdana Menteri itu tidak diberikan hak membela diri dengan sempurna.

Beliau menyatakan pendiriannya di media sosial selepas lama berdiam daripada mengulas isu itu.

“Saya ditanya, mengapa lama diam isu DSNR. Saya jawab, kerana pendirian saya kekal sama atau mungkin tambah teguh.

“Ia perbicaraan senget. DSNR tidak diberikan haknya untuk membela diri dengan sempurna.

“Saya tidak cadangkan beliau di beri tahanan rumah. Hak beliau adalah bebas sepenuhnya,” katanya dalam satu hantaran di Facebook semalam.

Mempertahankan hujahnya supaya Najib dibebaskan, Nik Mohamad Abduh berkata bukan kerana pemimpin UMNO itu terbukti tidak bersalah, tetapi beliau tidak diberi ruang pembelaan sewajarnya.

Justeru beliau mempersoal bagaimana pembuktian akan beraksi sempurna?

“Pandangan saya, sebagaimana politik negara masih berlakon matang, adakah mahkamah juga penuh lakonan?,” tambahnya lagi.

Najib kini sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta bagi kes rasuah membabitkan penyelewengan dana RM42 juta SRC International.

BACA JUGA Pendirian Loke tidak berganjak meskipun dituduh penipu oleh Dr Mahathir

Â