Abang polis sanggup sinsing seluar bantu surutkan banjir dipuji ramai

Orang ramai meluahkan rasa bangga dan terima kasih kepada sekumpulan anggota polis trafik yang membantu membersihkan longkang yang tersumbat di tepi lebuh raya bagi melancarkan laluan air bertakung.

Dalam satu video tular di media sosial, beberapa anggota polis trafik dilihat mengorek sampah sarap, plastik dan dedaun kering yang menutupi longkang.

Difahamkan laluan yang terjejas adalah di Jalan Tun Razak yang dinaiki air gara-gara banjir kilat.

“Lokasi yang sama. Permasalahan yang sama. Terima kasih anggota Trafik Team Elite kerana bekerjasama dan saling membantu  antara satu sama lain untuk permudahkan urusan orang awam yang melalui jalan tersebut, tahniah!,” kata laman Facebook Dunia Info Kini.

Sementara itu menjengah ke ruangan komen, ramai yang bertanya di mana pihak berkuasa yang sepatutnya bertugas memastikan jalan diselenggara dengan baik.

Mereka juga kasihan kerana anggota polis trafik dibebankan dengan tugas yang bukan kerja mereka.

BACA JUGA ‘Nanti di Sanam UK boleh cerita air tengah banyak baru lepas banjir’, MB Terengganu jenuh kena perli

Â