Dua sungai di Johor dah lepasi paras bahaya
Hujan berterusan yang melanda di beberapa daerah di Johor menyebabkan paras air di dua sungai utama di negeri itu kini melepasi paras bahaya.
Setakat jam 4.45 pagi tadi, aras air di Sungai Tebrau dekat Taman Sri Pandan, Johor Bahru melebihi tahap bahaya tetapi dengan trend menurun.
Aras air di sungai itu menunjukkan bacaan 2.33 meter (m) berbanding paras normal 2.3m.
Di Mersing, Sungai Paya Dato berada di paras 2.47 m dengan tiada perubahan trend, menurut laman Public Info Banjir yang dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).
BACA JUGA Tiga negeri diramal hujan berterusan selama 3 hari mulai hari ini
Â