Hadi Awang sah diambil keterangan hari ini, apa kes?

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang telah diambil keterangan oleh pihak polis hari ini berhubung kenyataannya pada Februari lalu yang telah menyinggung Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Ia berkait dengan catatan beliau pada 20 Februari yang ditujukan kepada alim ulama, peguam, hakim, ahli-ahli Parlimen, Dewan Undangan Negeri serta Raja-Raja Melayu.

Abdul Hadi menerusi siri Minda Presiden memberi peringatan kepada umat Islam termasuk raja-raja “supaya berwawasan akhirat dengan bijaksana memandang ke akhirat sana, bukan memandang kepentingan dunia di sini sahaja”.

Dalam pada itu Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memberitahu kertas siasatan Ahli Parlimen Marang itu akan diselesaikan dalam kadar segera.

“Kemudian kertas siasatan kami akan lengkapkan dan esok kami akan hantar ke Pejabat Jabatan Peguam Negara (AGC),” katanya memetik Bernama hari ini.

Sebelum ini Sultan Sharafuddin menzahirkan dukacita berhubung kenyataan terbuka Presiden Pas yang tidak beradab ketika menyuarakan pandangan dan nasihat kepada Raja-Raja Melayu.

BACA JUGA Tauke stesen minyak rugi ratusan juta, netizen kata formula Rafizi berhasil?

Â