Tauke stesen minyak rugi ratusan juta, netizen kata formula Rafizi berhasil?

Pengguna media sosial memberi pelbagai reaksi selepas media tempatan melaporkan keluhan pengusaha stesen minyak yang didakwa kerugian ratusan juta ringgit selepas penyasaran subsidi diesel.

Isu ini menarik perhatian ramai pihak yang menduga formula Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli sedang mula menunjukkan hasil.

Banyak komentar, pendapat dan perbincangan dibuat di ruang terbuka platform Facebook dan X.

Mereka mengutarakan kehairanan adakah pihak yang mendakwa mereka sedang kerugian itu adalah kerana bahan bakar itu tidak boleh lagi diseludup sembarangan.

Apabila subsidi diesel disasarkan, kerajaan memfokuskan pemberian bantuan tunai kepada individu, selain hanya memberi subsidi kepada syarikat-syarikat terpilih.

Melalui penyasaran ini, tiada lagi bayaran dibuat kepada stesen minyak, tetapi bayaran dibuat sepenuhnya kepada syarikat-syarikat yang menggunakan diesel.

Harapandaily meninjau komen pelayar internet di setiap artikel berita yang memaparkan isu kerugian pengusaha stesen minyak.

Antara komen ditinggalkan:

“Pasal apa rugi? Adakah sebab diesel sekarang dikawal ketat?,” kata pengguna Facebook, Barapawaka

“Kurang seludup ke luar negara, pembelian turun mendadak. Tanpa subahat stesen minyak sebelum ini mana mungkin begitu senang minyak diseludup,” tulis Duin.

“Pelik dan kelakar. Diesel harga naik. Pengusaha pula rugi nampak sangat sebelum ini yang memborong adalah para penyeludup. Dah tak asyuk lah. Terima kasih PMX sebab menyelamatkan negara,” tulis JFaris.

‘Jualan merosot pencuri tak banyak boleh seludup,” kata Nainas.

“Formula sedang berjalan,” kata pengguna x, Kero.

Pun begitu ada beberapa komen mengatakan kerajaan zalim kerana menyebabkan para peniaga terjejas.

Tetapi ia dibidas beberapa pihak yang bertanya “adakah kerajaan zalim sebab tak bagi penyeludup beli minyak?”.

Selain isu penyeludupan yang semakin gagal, seorang individu menjelaskan, bahawa kerugian pengusaha stesen disebabkan mereka terpaksa membeli bahan api itu dengan harga yang mahal, dan menjualnya semula pada harga murah mengikut harga terkini pasaran.

“Dia orang rugi sebab harga mingguan turun. Dia orang beli minggu lepas, seminggu belum habis lagi, minggu ni harga diesel turun. Yang dalam stok dia tak boleh jual mahal sebab peraturan menetapkan kena ikut harga mingguan,”.

BACA JUGA 1BestariNet: Selepas 3 bulan siasat, SPRM sahkan tiada sesiapa akan didakwa

Â