Kecoh penyokong bola sepak bergaduh di stesen LRT

Semalam berakhirnya perlawanan Kumpulan A Piala AFF 2024 yang menyaksikan Malaysia dan Singapura terikat tanpa jaringan sekaligus menggagalkan misi Skuad Harimau Malaya ke Separuh Akhir.

Pada malam itu, satu kejadian tidak diduga berlaku apabila penyokong bola sepak didakwa bergaduh dan melakukan kerosakan di Stesen LRT Bandar Tasek Selatan.

Kejadian tersebut berjaya dirakam orang awam sebelum dimuat naik di Facebook.

Dalam rakaman tular, sekumpulan lelaki yang berada di luar gerabak LRT bergaduh dengan sekumpulan lelaki lain yang berada di dalam gerabak berkenaan.

Mereka saling menendang dan membaling barang ke dalam gerabak.

Salah seorang dilihat mengangkat tong sampah besi sebelum menghentak ke arah pintu LRT yang tertutup.

Ia lantas menarik perhatian seorang polis bantuan yang cuba bertindak meleraikan pergaduhan tersebut.

Tidak pasti apa yang sedang berlaku, dan tidak jelas sama ada pergaduhan itu membabitkan penyokong dua negara atau sebaliknya.

Individu yang memuat naik hantaran itu juga tidak menjelaskan lanjut apa yang terjadi.

Tetapi ia menarik perhatian pengguna media sosial yang mengecam tindakan vandalisme merosakkan harta benda awam dan berkelakuan samseng sehingga menimbulkan ketegangan.

BACA JUGA Fahmi Fadzil tinggalkan emoji pada gambar Fahmi Reza

Â