GISBH: Barisan kepimpinan tertinggi didakwa hari ini
Barisan kepimpinan tertinggi Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang pagi ini.
Mereka terdiri daripada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GISBH, Datuk Nasiruddin Mohd Ali dan isterinya, Datin Azura Md Yusof; anak bekas pengasas Al-Arqam, Mohammad Adib At-Tamimi Asa’ari dan 19 yang lain tiba di mahkamah pada pukul 8.20 pagi.
Hari ini ialah hari sebutan pertama kes ini. Kesemua mereka telah didakwa pada 22 Oktober lalu tanpa merekodkan pengakuan kerana kes berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi, lapor Sinar Harian.
Kawalan ketat telah diberikan oleh pihak Polis Diraja Malaysia.
Hakim Mahkamah Sesyen Lailatul Zuraida Harron @ Harun membenarkan permohonan timbalan pendakwa raya untuk memindahkan pendengaran kes ke Mahkamah Tinggi Shah Alam.
Peguam bela Datuk Rosli Kamaruddin tidak membantah permohonan tersebut.
BACA JUGA: Kutipan derma bayaran saman fitnah MP Kepala Batas: Dosa dinormalisasi, dikongsi bersama
Â