Rakyat semakin puas hati dengan Kerajaan Perpaduan

Rasa tidak puas hati pengundi terhadap Kerajaan Persekutuan pada masa ini berada pada tahap 47 peratus menurun berbanding 74 peratus dicatat tahun lalu.

Merdeka Center dalam hasil tinjauan terhadap 1,207 pengundi berdaftar yang mencerminkan profil pilihan raya negara turut mendapati rating penerimaan terhadap pentadbiran tahun kedua Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim naik kepada 54 peratus ketimbang 50 peratus bagi tempoh sama tahun lalu.

“Petunjuk ini sebahagian besarnya didorong oleh kebimbangan berterusan mengenai tekanan kos sara hidup dan beberapa kebimbangan mengenai pemotongan subsidi yang dijadualkan akan berlaku akan datang,” katanya.

Menurut Merdeka Center, seperti sebelum ini, sentimen pengundi kekal tertumpu kepada isu ekonomi, di mana 65 peratus menyatakan ia sebagai masalah nombor satu dihadapi rakyat ketika ini.

Dalam masa sama, rating penerimaan terhadap Kerajaan Perpaduan juga meningkat kepada 51 peritus berbanding 46 peratus November tahun lalu.

“Pengundi secara amnya berpuas hati dengan prestasi Perdana Menteri dalam beberapa aspek (iaitu menarik pelaburan, meningkatkan imej negara dan meningkatkan perkhidmatan awam), namun memberikan penilaian bercampur-campur apabila ditanya mengenai usaha memperkukuh ekonomi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kesemua responden ditemubual antara 27 November hingga 10 Oktober lalu melalui talian tetap dan telefon mudah alih.

Responden terbabit terdiri daripada 52 peratus Melayu, Cina (29 peratus), India (tujuh peratus), masing-masing enam peratus Bumiputera Islam dan bukan Islam di Sabah dan Sarawak.

Mereka yang dipilih Merdeka Center itu berpandukan persampelan rawak berstrata mengikut kumpulan umur, etnik, jantina dan kawasan pilihan raya negeri.

BACA JUGA Rebut 34 barangan Che Ta bernilai hampir RM1 juta, ini senarai yang akan dilelong esok

Â