Ini sebabnya MP PN diminta beristighfar
Wakil rakyat Perikatan Nasional (PN), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal ditegur warganet gara-gara mengucapkan Selamat Menyambut Hari Krismas.
Rata-rata mengingatkan pemimpin Bersatu itu berkenaan hukum haramnya mengucapkan tahniah kepada orang bukan Islam sempena perayaan mereka.
Ahli Parlimen Machang berkenaan turut dipersoal memandangkan kawasan diwakilinya bukannya ada ramai penganut Kristian.
Sebelum ini, Pemuda Pas Malaysia menerusi Facebook rasmi sayap parti pembangkang itu didapati ‘kantoi’ mengucapkan Selamat Hari Krismas.
Hantaran yang menekankan kepada ucapan “selamat bercuti sempena Krismas” itu mulanya diakhiri dengan ungkapan “Selamat Hari Krismas dan Selamat Tahun Baharu!”.
Namun, ucapan selamat itu kemudiannya dipadam dalam suntingan hantaran tersebut.
BACA JUGA Heboh Pemuda Pas ‘kantoi’ ucap Selamat Hari Krismas, netizen sempat ‘screenshot’
Â