Annuar Musa mengata siapa tu?

Pemimpin Pas, Tan Sri Annuar Musa menarik perhatian ramai selepas memuat naik hantaran ringkas di Facebook.

Hantaran itu ditujukan kepada pihak yang setiap hari membuat posting “kebencian sesama bangsa”.

“Setiap hari posting nya menanam kebencian sesama bangsa, menabur fitnah dan menyebar ‘hate politics’,” katanya ringkas tetapi tidak menamakan sesiapa.

Catatan itu dihujani ratusan komen pelayar internet dan ribuan tanda suka.

Mereka secara sinikal bersetuju dengan Annuar, menyarankan pemimpin Pas itu menasihati partinya untuk tidak bermudah-mudah memfitnah orang lain.

Pengguna juga menganggap kenyataan itu seperti bercakap di hadapan cermin.

“Bercakap depan cermin ke tu Tan Sri?”.

“Orang Pas dari dulu lagi macam Tan Sri kata tu”.

“Tak baik mengata kawan sendiri”, seloroh yang lain pula.

BACA JUGA Malaysia dinobat negara ke 10 paling aman di dunia

Â