Malaysia dinobat negara ke 10 paling aman di dunia

Malaysia memulihkan kedudukannya dalam Indeks Keamanan Global (GPI) apabila tersenarai antara 10 negara teratas paling aman di dunia

Menerusi data GPI 2024 yang dimuat naik oleh Institut Ekonomi dan Keamanan (IEP), Malaysia memperoleh skor sebanyak 1.427, sekaligus menduduki tangga ke 10 daripada 163 negara.

Negara yang menduduki tempat pertama negara paling aman ialah Iceland, diikuti oleh Ireland dan seterusnya, Austria, New Zealand, Singapura, Switzerland, Portugal, Denmark dan Slovenia.

“Secara keseluruhan, keamanan bertambah baik melibatkan 65 negara dan merosot dalam 97 negara,” menurut rumusan keputusan GPI 2024.

Bagi negara jiran yang lain pula, Vietnam berada di tangga ke-41 GPI 2024, diikuti oleh Indonesia (48), Laos (49), Kemboja (70) dan Thailand (75).

Untuk rantau Asia Pasifik, Malaysia berada di tangga ketiga negara paling aman dengan kedudukan pertama ialah New Zealand dan kedua ialah Singapura, manakala tempat keempat ialah Jepun dan kelima Australia.

Terdahulu menerusi GPI 2023, Malaysia menduduki tangga ke-19 pada senarai global bagi kedudukan negara paling aman.

BACA JUGA Bendera China pada replika roket di Johor, apa dah berlaku?