Bendera China pada replika roket di Johor, apa dah berlaku?
Kecoh di media sosial selepas dua bendera China dipasang pada sebuah replika roket ketika Karnival Lampu LED yang berlangsung di pekarangan Dewan Serbaguna Bukit Gambir, Tangkak.
Replika roket gergasi itu ditampal dengan bendera China di bahagian sayap kiri dan kanan.
Perkara tersebut telah mencetuskan kemarahan ramai, menganggap pihak penganjur tidak sensitif kerana membiarkan perkara itu berlaku.
Pemuda UMNO Bahagian Ledang telah pun membuat laporan polis berhubung isu tersebut.
ADUN Gambir, Sahrihan Jani berkata, tindakan tegas perlu diambil termasuk pendakwaan kes di mahkamah terhadap penganjur dan penutupan operasi karnival dengan serta-merta.
“Saya difahamkan secara tidak rasmi bahawa karnival terbabit akan dihentikan operasinya bermula pada Khamis.
“Namun, permohonan maaf tidak cukup untuk menutup kesalahan ini,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Roslan Mohd Talib dalam kenyataan ringkas memberitahu, pihaknya ada menerima laporan tersebut dan memaklumkan kes itu masih dalam siasatan.
BACA JUGA Wanita pertikai kenapa Steven bantu keluarga tak ada tempat tinggal
Â