Wanita pertikai kenapa Steven bantu keluarga tak ada tempat tinggal
Seorang wanita dikecam selepas mempertikai Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim yang membantu tujuh beranak untuk mendapatkan tempat tinggal selepas berbulan-bulan tinggal di dalam kereta.
Individu itu mendakwa tindakan Steven seolah mendahului pusat zakat dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta meminggirkan peranan dua agensi itu.
Dia mendakwa Steven sekadar mahukan perhatian dan menunjuk-nunjuk kebaikan, selain menganggap cara Steven membantu keluarga itu adalah salah.
“Steven, lain kali kalau ada orang dah jaga (jabatan kebajikan jaga), rujuk sahajalah dekat jabatan kerajaan tu.
“Dulu kalau setiap kali saya hantar maklumat dan aduan kepada pusat khidmat DUN dan Parlimen, mereka mesti akan cakap ‘pergilah dekat JKM dan zakat, urus dengan mereka dahulu. Kalau mereka tak ada bantuan baru cari dengan kita’.
“Kita dah ada pentadbir menguruskan bantuan, biar mereka jalankan tanggungjawab mereka. Zakat tak buang dia. Zakat sedang menjaga dia. Kenapa tak hantar bagi zakat yang urus.
“Anda cuma nak perhatian kan? Anda cuma nak beri semua orang nampak anda buat kerja tapi cara tak eloklah macam ni sebab zakat dah bagi perhatian dekat dia. Kenapa anda tak sambung sahaja…,” kata wanita berkenaan dalam satu video tular.
Wanita itu membangkitkan soal zakat, mendakwa zakat sebenarnya sudah lama membantu keluarga berkenaan dan cara Steven membantu keluarga itu dengan mencarikan rumah sewa dianggap salah.
Dia bagaimanapun teruk dikecam kerana mempertikai isu yang tidak wajar, selain sengaja mahu mencari kesalahan.
Orang ramai percaya keluarga tersebut akhirnya mendapat kehidupan lebih baik dan pekerjaan yang terjamin kerana bantuan pantas Steven.
“Apa isunya kalau Yb Steven bantu walaupun keluarga tu dah terima bantuan zakat? Kau tu sengkek, tak upaya nak bantu diam je lah! Sakit hati tu bukan apa, sebab (yang tolong tu) DAP bukan Pas,” kata pengguna X.
“Soalan itu berbalik pada you semula. Apa yang you nak sebenarnya? My YB tolong dia sehabis baik & YB hanya tolong untuk ringankan beban saja,” kata pengguna lain.
BACA JUGA Budak TikTok kata MB Terengganu ke Manchester atas jemputan kerajaan UK
Â