Budak TikTok kata MB Terengganu ke Manchester atas jemputan kerajaan UK
Seorang pengguna TikTok mendakwa program Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar ke Manchester, United Kingdom adalah atas jemputan kerajaan UK.
Individu itu berkata, bukan sahaja rakyat Malaysia bahkan masyarakat luar juga tahu Ahmad Samsuri individu yang paling layak diangkat sebagai Perdana Menteri baharu.
“Dr. SAM Bakal Perdana Menteri Malaysia. Bukan sahaja rakyat Malaysia, Rakyat UK pun tahu Dr. SAM adalah orang yang paling layak di angkat sebagai Perdana Menteri Malaysia yang baru.
“Kerajaan UK menjemput YAB Menteri Besar Terengganu Dr. SAM ke UK untuk berdialog tentang ekonomi.
“Untung rakyat Terengganu dapat Menteri Besar yang dapat menjana ekonomi luar biasa,” kata penyokong PN itu.
Di ruangan komen pelbagai reaksi diberikan warganet termasuklah memberitahu bahawa tidak masuk akal untuk kerajaan UK memanggil Ahmad Samsuri untuk berbincang perihal ekonomi kerana para menteri lebih wajar dijemput.
Untuk rekod program Ahmad Samsuri ke Manchester adalah bagi sesi dialog bersama ahli kelab Pas UK bertajuk “SG4 and its potential for national socio-economic agendas”.
Poster beliau sejak disebarkan di media sosial, telah mengundang kontroversi hangat kerana program ke luar negara itu diadakan pada musim banjir.
Orang ramai mengandaikan perjalanan ke luar negara itu mempunyai agenda lain untuk “bercuti”.
Namun tidak ada penjelasan rasmi dari Pas sejak poster itu dimuat naik.
BACA JUGA Pengecualian tunggakan denda cukai tanah dan petak 100 peratus, bukan di Kelantan?