‘Artis’ Bandar Tasik Puteri meninggal dunia, sunyilah selepas ini

Kejiranan Bandar Tasik Puteri, Rawang, khasnya Lorong 7/8 bakal sunyi selepas ini apabila orang yang mereka kenali sebagai ‘artis’ di kalangan mereka meninggal dunia.

Jenazah beliau ditemui di rumahnya semalam dalam keadaan terlentang di dalam bilik tidurnya.

Ia bermula apabila suaminya memaklumkan kepada seorang kenalannya bahawa isterinya telah tidak menjawab sebarang panggilan telefon sejak beberapa hari lepas.

Kenalanya itu yang kebetulan pernah menghantar suaminya yang buta ke rumah itu minggu lalu terpaksa memecahkan pintu belakang rumahnya selepas panggilan tidak berjawab.

Beliau mendapati ‘artis’ berkenaan telah meninggal dunia di dalam biliknya di sisi sejadah sembahyang.

Menurut pasukan paramedik yang datang, ‘artis’ ini kemungkinan sudah dua hari atau lebih meninggal dunia.

“Namun kita tunggu laporan forensik untuk menentukan bila dia meninggal,” kata beliau ketika di temui di perkarangan rumah simati.

(Jiran-jiran berkumpul selepas mendengar maklumat ‘artis’ mereka telah meninggal duniagambar kumpulan whatapps kejiranan 7/8)

Simati yang dikenali sebagai ‘artis’ di kalangan kejiranannya memang terkenal kerana mulutnya yang sentiasa bising, samada ketika menolak troli barang dari kedai ke rumahnya atau semasa menguruskan tanaman di halaman rumah beliau.

Beliau hanya tinggal seorang diri, manakala suaminya, seorang mudir sebuah madrasah tahfiz di Kajang berasal dari selatan Thailand kelihatan jarang-jarang datang menziarahi beliau.

Ketika beliau meninggal, suaminya pulang ke kampungnya di Selatan Thai dan bergerak segera ke Hospital Sungai Buluh, tempat jenzahnya di bawa untuk dibedah siasat selepas mendapat maklumat isterinya sudah meninggal.

Urusan menguruskan mayatnya dan siasatan polis dibantu oleh madu simati dan kenalan suaminya.

Ramadhan lepas, polis yang membuat siasatan semalam juga tepaksa mengambilnya dari sebuah surau kerana kecoh ketika orang ramai hendak menunaikan solat Terawih.

“Sunyilah kita selepas ini,” kata jiran-jiran beliau yang berkumpul sementara menunggu ambulan dan polis datang.

Di perkarangan rumah beliau yang penuh dengan pokok-pokok di dalam polibeg, masih ada dua troli membeli belah.

Troli ini dipercayai milik sebuah pasaraya segar digunakan oleh simati untuk membawa barang-barang beliau dari kedai selepas membeli barangan keperluannya.

Bekas jururawat ini tinggal bersaorangan. Ketika hayatnya simati berjalan kaki ke kedai yang jaraknya kira-kira satu km dari rumah beliau, selepas tidak boleh memandu kenderaan lagi.

Kali terakhir beliau dilihat melanggar pagar rumahnya sendiri ketika cuba membawa Mercedes antiknya.

Ketika berjalan sambil menolak troli inilah beliau bercakap seorang diri (sehingga digelar artis) dan nama yang paling popular keluar dari mulutnya adalah ‘Oi Jawa’ sehingga ada yang menggelarkannya sebagai Makcik Jawa.

Baru semalam terdedah cerita sebenarnya, siapakah ‘Jawa’ yang menjadi sebutan beliau ini.

“Dia tidak puashati dengan seorang kontraktor Indonesia yang kami panggil wak yang baiki rumah saya. Sejak itulah ‘Jawa’ ini selalu menjadi sasaran,” kata jiran sebelah rumah beliau.

Semoga roh Allahyarhamah diterima Allah dan diampunkan segala dosanya…. Alfatihah.

BACA JUGA Malaysia dinobat negara ke 10 paling aman di dunia

Â