PN masih ‘recycle’ isu MAHB, tak sebut pun pemilikan saham Khazanah Nasional dan KWSP naik kepada 70%

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin dihujani kecaman orang ramai apabila dilihat masih mahu mengitar semula isu Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB) yang digelarnya ‘angsa emas’.

Hamzah menerusi kenyataannya kelmarin menyebut Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) menolak keras penjualan saham MAHB walaupun pemilikan saham Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam MAHB meningkat daripada 41 peratus kepada 70 peratus.

Susulan kenyataan dangkal pemimpin PN itu, rata-rata komentar mencemuh dan menyindir pembangkang yang dilihat sudah ketandusan isu untuk menyerang kerajaan memandangkan Perdana Menteri sudah berbulan lepas memberi penjelasan mengenai cadangan penswastaan MAHB.

Antaranya, pengguna X, Abdul Aziz bin Abdullah yang menegaskan bahawa MAHB tetap milik rakyat Malaysia selepas penstrukturan semula sekaligus tidak timbul soal ketelusan atau tatakelola.

“GLC perlu beroperasi tanpa campur tangan politik. Penstrukturan semula boleh membantu MAHB membiayai aktiviti operasi dan perbelanjaan modalnya tanpa bantuan kerajaan,” katanya.

Dalam masa sama, tinjauan di ruangan komentar di platform X akaun Hamzah mendapati ada yang menyarankan agar Ketua Pembangkang ditukar selain secara sinis menyebut tentang kes minyak masak yang menggemparkan negara tahun lalu.

“Kenapa satu Malaysia faham isu pemilikan MAHB ni tapi ketua pembangkang macam tak faham apa? Pecahan saham dipegang kerajaan lebih besar dari sebelum ni,” tegas @zulfadhli17.

“Pusing punya pusing cari isu nak lawan kerajaan Madani akhirnya pakai balik isu MAHB yang rakyat semua dah faham ni. Memang betul-betul tak guna pembangkang sekarang,” cemuh @NeoDamansara.

“Apa bendalah kau Hamzah. Kau pun dah macam Mat Jargon dok ratib isu MAHB… PMX dah jelaskan panjang lebar dalam Parlimen. Kau pun dah hujah balas… macam nak tunggang isu je ni,” tempelak @NocturnalCulto pula.

BACA JUGA Kerana merokok, Selangor batalkan penglibatan Gus Azmi di festival selawat