Tak balik makan tengah hari, kerisauan remaja ini akhirnya terjawab

Kerisauan seorang remaja di Dungun mengenai bapanya, Zulkifli Awi, 54, akhirnya terjawab apabila mayat pengutip besi buruk itu dijumpai berdekatan Sungai Paka berhampiran Durian Mentangau semalam.

Anak bongsu Allahyarham, Mohd. Firdaus Daniel Zulkifli, 18, (gambar atas) menemui jenazah bapanya yang tidak pulang ke rumah seharian itu di kawasan belukar pada pukul 12 tengah hari.

Menurut Mohd. Firdaus Daniel, bapanya itu keluar dari rumah mereka di Balai Besar untuk bekerja pada pukul 6 pagi.

“Biasanya ayah akan makan tengah hari di rumah tetapi semalam (kelmarin) dia tidak pulang sehingga lewat malam.

“Saya yang risau cuba menghubungi telefon bimbitnya tetapi tidak berjawab malah dia juga tiada di tempat kerja,” katanya, dipetik Kosmo! .

Remaja berkenaan berkata, dia kemudiannya bergegas ke Durian Mentangau sejurus seorang rakan bapanya memaklumkan penemuan kereta Proton Saga milik Zulkifli.

Mayat lelaki itu kemudiannya dihantar ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk tindakan lanjut itu.

BACA JUGA Heboh Pemuda Pas ‘kantoi’ ucap Selamat Hari Krismas, netizen sempat ‘screenshot’