Tarif elektrik: Pengguna domestik, PMKS akan dilindungi

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air mengumumkan bahawa pengguna domestik dan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) akan terus dilindungi oleh kerajaan agar tarif elektrik kekal kompetitif dan mampu dibayar.

“Selain itu, pemberian subsidi elektrik secara bersasar yang dilaksanakan oleh Kerajaan akan diteruskan,” kata beliau dalam satu kenyataan.

“Ini akan memastikan 85% pengguna domestik dengan penggunaan elektrik bulanan 1,500 kWj dan ke bawah tidak akan terkesan.

Pengguna elektrik komersial dan elektrik pula akan dikehendaki membayar kos elektrik pada kadar sebenar.

Mereka akan diberi pilihan lain untuk berjimat.

“Namun, pengguna kategori ini mempunyai alternatif di mana Kerajaan menggalakkan mereka memasang solar dan bateri penyimpanan tenaga di premis masing-masing serta mempraktikkan inisiatif kecekapan tenaga seperti melaksanakan audit tenaga secara kolaborasi dengan Syarikat Perkhidmatan Tenaga – Energy Service Company (ESCO) dan melaksanakan program inisiatif kecekapan tenaga bagi mengenal pasti potensi penjimatan tenaga elektrik di pepasangan dan premis mereka.

Beliau juga menegaskan bahawa ebarang pengumuman berhubung penetapan tarif elektrik di Semenanjung Malaysia akan dikeluarkan oleh kerajaan.

Awal hari ini, pihak Tenaga Nasional Berhad mengumumkan bahawa syarikat tersebut telah mencadangkan kenaikan tarif sebanyak 14 peratus.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, bagaimanapun, menegaskan kenaikan tarif TNB tidak boleh menjejaskan majoriti rakyat.

Â