Nahas Jeju Air: 85 sah terkorban, dua terselamat adalah kabin kru
Agensi penyelamat Korea Selatan mengesahkan 85 penumpangnya terkorban manakala hanya dua orang buat masa ini yang terselamat dalam nahas pesawat Jeju Air yang terhempas ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan, hari ini.
Dua yang terselamat adalah kabin kru yang dirahsiakan identitinya.
“Setakat ini dua mangsa selamat dan 85 meninggal dunia,” kata Agensi Kebakaran Kebangsaan dalam kenyataan memetik AFP.
Menurutnya, usaha menyelamat masih diteruskan.
Kemalangan berlaku ketika pesawat Jeju Air penerbangan 7C2216, yang membawa 181 orang penumpang dari Thailand cuba mendarat kira-kira 9 pagi (waktu tempatan) di lapangan terbang di selatan negara itu.
Kementerian Pengangkutan belum mengesahkan jumlah angka korban, manakala dua warga Thailand antara penumpang dan selebihnya dipercayai warga Korea Selatan.
Tiada warga Malaysia yang terlibat.
BACA JUGA Rakaman tunjuk bagaimana pesawat bawa 181 orang terhempas di Korea Selatan