Amaran ribut petir, hujan lebat di Lembah Klang dan tiga negeri

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang pagi ini bagi seluruh Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor kecuali Sabak Bernam.

MetMalaysia menerusi kenyataan dikeluarkan 3 pagi tadi memaklumkan amaran sama turut melibatkan Negeri Sembilan dan Melaka.

Di Johor pula, kawasan dijangka dilanda keadaan cuaca itu sehingga jam 7 pagi ini ialah Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” menurut kenyataan itu.

BACA JUGA Hujan berterusan hingga 31 Disember, di mana?

Â