Heboh kolam takungan pecah di Selangor, media sosial dibanjiri sindiran walaun
Heboh apabila benteng takungan air bersebelahan Taman Sri Alam, Saujana Utama, Sungai Buloh pecah sehingga mengakibatkan banjir, petang semalam.
Air yang melimpah dengan paras air mencecah 0.3 meter turut menyebabkan kawasan perumahan sekitar dinaiki air seperti Hillpark dan Saujana Perdana.
Namun, reaksi penyokong pembangkang dilihat lain macam apabila seronok menyindir dan tak pasal-pasal Perdana Menteri pula jadi ‘mangsa’ kecaman.
Malah, penyokong pembangkang atau lebih dikenali sebagai walaun sehingga tahap melampau mendakwa malapetaka bertimpa dalam era pentadbiran Kerajaan Madani.
Tinjauan di TikTok mengenai insiden benteng takungan air pecah itu mendapati walaun ibarat ‘berpesta’ mengecam Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Selangor.
“Madani gagal dari semua segi pentadbiran negara mahupun negeri.
“Bukan ke mereka cakap hanya Kelantan dan negeri-negeri PN je yang kena banjir? Sudah tukar ka?”
“Banjir macam ni mesti di Kedah,” demikian antara sindiran gerombolan walaun di media sosial.
Terdahulu, tular di media sosial beberapa rakaman video memaparkan kejadian banjir di Taman Sri Alam, Saujana Utama di Sungai Buloh.
Penduduk terjejas dilapor terdengar dentuman kuat sebelum air melimpah deras memasuki rumah penduduk sehingga ada setinggi dua kaki atau 0.6 meter sebelum surut dalam 30 minit kemudian.
Ada juga yang memberitahu kejadian itu adalah yang kedua berlaku selepas insiden pertama pada 2014 tetapi ketika itu tidak seteruk semalam.
BACA JUGA Amaran ribut petir, hujan lebat di Lembah Klang dan tiga negeri
Â