Rupanya anak murid berzikir depan kubur tok guru…
Sekumpulan jemaah yang didapati berzikir depan sebuah kubur di Setapak, Kuala Lumpur rupa-rupanya adalah anak murid kepada seorang guru tarekat yang meninggal dunia
Video mereka berzikir dengan suara agak keras telah menarik perhatian penduduk setempat yang merasakan ia seperti ritual pemujaan.
Penduduk mendakwa sebelum ini kubur itu memang sering diziarahi beberapa anak murid tetapi tidak seramai itu.
Menurut Harian Metro, setiap hari pelajar-pelajar itu akan datang tidak kira lelaki atau perempuan, dengan masing-masing melakukan ‘zikir’ mereka.
“Saya pernah bertanya, sebab saya tengok zikir mereka kuat. Saya bertanya siapa yang istimewa ini? Pelajar dia kata, ini guru kami, guru tarekat. Mereka daripada dulu sudah buat perkara ini, zikir di sini.
“Bagi saya tak mengapalah. Bila tak ramai setakat seorang dua, nampak normal.
“Bila datang ramai (berzikir) itu mungkin agak meriah sedikit, bagi orang yang datang sekali sekala (ke kubur) itu macam peliklah,” kata Azmi Hassan, memetik Harian Metro.
Pun begitu beberapa penduduk lain berpandangan sebaliknya, percaya bahawa berzikir ini tidak semestinya dilakukan di hadapan kubur setiap hari, tetapi cukup dengan sedekahkan al fatihah sahaja.
Kata mereka, perbuatan seperti itu boleh disalah anggap oleh masyarakat kerana ia bukan satu amalan biasa.
Terdahulu polis mengesahkan sudah menerima satu laporan berhubung video tular berkenaan.
BACA JUGA Pemimpin Pas sembang pasal ‘Nyior Ko Meng’
Â