DAP anjur majlis berkhatan?
DAP seringkali dimomokkan sebagai parti anti-Islam oleh pihak lawan, terutamanya Pas. Namun hakikatnya di lapangan berlainan sekali.
Pengerusi DAP kebangsaan Lim Guan Eng yang juga ahli parlimen Bagan saban tahun menganjurkan majlis berkhatan di kawasan beliau.
“Berkhatan atau masuk jawi merupakan titik penting dalam kehidupan seorang kanak-kanak lelaki Muslim.
“Bukan sahaja ia satu kewajipan dalam agama Islam tetapi menjadi ia tanda mereka menjadi seorang dewasa.
“Tidak lengkap majlis berkhatan tanpa siraman pili Bomba. Saya turut dijemput untuk turut sama memandikan mereka secara beramai-ramai.
“Apabila diadakan secara besar-besaran seperti ini, perasaan takut di dalam diri kanak-kanak untuk berkhatan juga hilang dengan sendirinya,” kata Lim dalam satu hantaran Facebook baru-baru ini.
BACA JUGA: Gara-gara karikatur kontroversi, Fahmi Reza dicari polis
Â