Ini sebab kenapa tarif elektrik Malaysia berbeza dengan Singapura
Oleh NAZRI HAMDAN
Ada orang tanya kenapa tarif Singapura boleh turun tetapi tarif Malaysia ada ura-ura naik? Kan bagus kalau kita macam Singapura?
Pertama sekali, tarif elektrik Singapura adalah mengikut harga pasaran sementara tarif elektrik Malaysia masih lagi mendapat subsidi tinggi dari kerajaan. Kalau kita tanya orang Singapura, sudah tentu mereka lagi suka tarif Malaysia.
Penurunan tarif Singapura ini adalah untuk suku pertama 2025. Selepas Mac 2025 ia berpotensi untuk berubah.
Untuk Malaysia, ia tidak naik hingga Jun 2025. Kenapa? Sebab kerajaan bagi subsidi.
Kedua, tarif elektrik Malaysia masih lagi antara terendah di rantau Asia. Bukan sebab ia murah, tetapi sebab disubsidi oleh kerajaan. Biasanya dalam blok tarif, kerajaan akan pastikan 85% pengguna domestik tidak terkesan.
Walau Singapura turunkan kadar tarif dari Januari 2025 hingga Mac 2025 kepada 28.12 kwh dari 29.10, tarif ini masih lagi jauh lebih tinggi dari Malaysia.
Tarif Singapura sekitar 29 sen (dalam SGD) kwh tetapi di Malaysia ia berstruktur ikut blok.
Yang paling rendah ialah 22 sen kwh dan ia akan semakin naik mengikut blok dan penggunaan. Kalau 29 sen SGD ini ditukar ke RM sudah tentu nilainya akan lebih tinggi.
Akan tetapi, saya setuju pelarasan tarif asas di Malaysia mesti mengambil kira keuntungan TNB. Pihak TNB tidak boleh buat untung keterlaluan. Cuma, kita kena faham juga untung TNB dikawal selia oleh pihak regulator.
Dalam reformasi sektor elektrik di Malaysia, pada Tempoh Kawal Selia 1 (RP1) pada 2014, tarif asas naik sebanyak 14.9%.
Selepas itu, tiada sebarang kenaikan. Walau ada cadangan kenaikan sebanyak sekitar 14% pada Julai 2025, apabila masuk Tempoh Kawal Selia 4 (RP4), ia adalah bergantung kepada kelulusan kerajaan.
Kerajaan boleh lulus dan, mereka juga boleh kekalkan tarif asas.
BACA JUGA 13 dasar dan peraturan baharu dilaksana bermula hari ini, nombor 5 paling pembangkang ‘suka’
Â