Pas keluar ‘dalil’ tahun baharu anggap dosa sekularisme lebih besar dari fitnah, bunuh

Pas nampaknya keluar ‘dalil’ tahun baharu dengan menegaskan bahawa dosa sekularisme sebagai lebih besar daripada fitnah dan membunuh.

Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, ciptaan teori liberalisme adalah melampau sehingga hak binatang disamakan dengan hak asasi manusia.

“Di samping itu, diciptakan ideologi paling zalim dan senjata paling ganas yang membunuh dan merosakkan kehidupan, dengan hujah nafsu dan salah guna akal yang menggoda kepada kesesatan dan kemusnahan manusia serta alam kelilingnya.

“Teori yang sesat ini diimport oleh penjajah ke dalam negara kita pada zaman penjajahannya dan disambung oleh bala tenteranya, termasuk DAP yang mendominasi Pakatan Harapan (PH) hari ini.

“Sehinggakan, dimaktubkan dalam perlembagaan parti itu dan menjadi perjuangan yang disuarakan dengan lantang, lantas mencabar Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Islam sebagai agama bagi Persekutuan,” katanya menerusi Minda Presiden.

Abdul Hadi mendakwa fasal 2 perlembagaan DAP menyatakan secara terang dan nyata bahawa matlamat parti komponen PH itu adalah “menegakkan sekularisme yang dihasratkan oleh Suruhanjaya Reid dengan meletakkan Islam di bawah panji-panji sekularisme yang berlainan dengan maksud al-din dalam bahasa al-Quran, bukan perkataan ‘religion’ dalam bahasa Barat.”

Ahli Parlimen Marang yang umum dikenali kerap tidak menghadiri siding Dewan Rakyat itu seterusnya mengkritik DAP daripada segi penerimaan ahli.

“Maka, DAP menerima keahlian semua kelompok manusia, termasuk daripada kalangan paling ekstrem yang tidak percaya akan adanya Tuhan yang tidak beragama, malah daripada semua ideologi, termasuk kalangan komunis yang paling ekstrem dan kalangan liberal yang paling bebas,” dakwa Abdul Hadi.

BACA JUGA Ajakan berhimpun bantah Hannah dan Nga, ini nasihat kepada Pemuda Pas

Â