9 jajahan di Kelantan dijangka banjir lagi Sabtu ini selama 3 hari

Sembilan jajahan di Kelantan kemungkinan dilanda banjir sekali lagi selama tiga hari berturut-turut bermula Sabtu ini, maklum Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

Dalam satu hebahan di Facebook malam tadi, JPS menyenaraikan sembilan jajagan yang akan terkesan membabitkan daerah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Pasir Puteh, Bachok, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Jeli.

Di Tumpat, ia dijangka membabitkan lembangan Sungai Golok, lembangan Sungai Kelantan dan lembangan Sungai Pengkalan Nangka.

Jajahan Pasir Mas pula melibatkan lembangan Sungai Golok dan lembangan Sungai Kelantan.

Jajahan Kota Bharu: Lembangan Sungai Kelantan, lembangan Sungai Pengkalan Datu dan lembangan Sungai Semerak.

Jajahan Pasir Puteh: Lembangan Sungai Kelantan dan lembangan Sungai Semerak.

Bachok: Lembangan Sungai Kemasin dan lembangan Sungai Semerak.

Tanah Merah: Lembangan Sungai Golok dan lembangan Sungai Kelantan

Kuala Krai: Lembangan Sungai Kelantan.

Jeli: Lembangan Sungai Golok dan lembangan Sungai Kelantan

Sementara itu JPS berkata pihaknya akan membuat pemantauan secara berterusan dan akan mengemas kini hebahan amaran banjir sekiranya hujan yang signifikan terus berlaku di lembangan sungai ini.

“Banjir yang diramal boleh berlaku lebih awal atau lewat dari tarikh jangkaan. Semua agensi pengurusan bencana serta penduduk setempat terutamanya di kawasan berisiko banjir diminta berwaspada dan peka dengan arahan pihak berkuasa,” ujarnya.

Maklumat dan amaran semasa boleh didapati menerusi laman web https://publicinfobanjir.water.gov.my atau Facebook PublicinfoBanjir.

BACA JUGA Kapsyen ‘New Year clean up’ mengundang tafsiran, rakyat berteka-teki tentang ini

Â