Dah lama terbit sejak PR, buku Hannah boleh pula dianggap bahaya zaman PMX
Buku Hannah Yeoh berjudul ‘Becoming Hannah: A Personal Journey’ sudah 11 tahun diterbitkan ketika Pas Bersama DAP dalam blok Pakatan Rakyat (PR).
Pada era pentadbiran kerajaan Datuk Seri Najib Razak ketika itu, tidak pula timbul desakan pengharaman buku pemimpin DAP berusia 46 tahun berkenaan.
Begitu juga tiada bantahan daripada pihak Pas terhadap buku Ahli Parlimen Segambut itu semasa zaman kerajaan diterajui Tan Sri Mahiaddin Yassin dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Namun, tirai tahun baharu 2025 menyaksikan pembangkang sakan mahu berhimpun di Kuala Lumpur atas nama ‘Himpunan Bangkit Ummah’ selepas solat Jumaat esok.
![](https://harapandaily.com/wp-content/uploads/2025/01/buku-Hannah-Yeoh-e1735795809926.jpg)
Mengulas sikap pembangkang yang bersungguh menganjurkan himpunan tersebut, peguam Hisham Fauzi berkata, buku Hannah itu merupakan kisah perjalanan kehidupan peribadi.
“Buku ditulis 10 tahun dulu tahun 2014 ketika DAP bersama Pas dalam Pakatan Rakyat. Ketika itu tiada desakan haramkan buku ini.
“33 bulan jadi kerajaan 2020-2022, tiada tindakan kerajaan PN haramkan buku ini hingga sudah diulang cetak sebanyak 18 kali.
“2024 bila orang jadi kerajaan baru sibuk desak haramkan,” katanya.
Menurut Hisham, Hannah seorang penganut Kristian yang menulis berdasarkan ajaran agamanya.
“Kefahaman Duta Tuhan itu berdasarkan agamanya dan bukan agama Islam. Malah, kalau ikut ajaran Kristian Jesus itu anak tuhan.
“Itu pegangan mereka, dalam agama mereka. Sudah tentulah tak selaras dengan pegangan akidah kita umat Islam.
“Kita sebagai umat Islam ada akidah kita sendiri. Bagi mereka agama mereka, bagi kita agama kita,” nasihat peguam itu lagi.
‘Himpunan Bangkit Ummah’ anjuran Pemuda Pas, Armada Bersatu dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) esok bertempat di Masjid Kampung Bharu.
BACA JUGA Ini rupanya sebab pembangkang bersungguh mainkan kembali isu buku Hannah Yeoh
Â