Ini rupanya sebab pembangkang bersungguh mainkan kembali isu buku Hannah Yeoh
Pembangkang dilihat beria-ia memainkan kembali isu buku Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berjudul ‘Becoming Hannah: A Personal Journey’ dengan penganjuran ‘Himpunan Bangkit Ummah’ esok.
Perhimpunan yang akan diadakan di Masjid Jamek, Kampung Baru di Kuala Lumpur selepas solat Jumaat itu diuar-uarkan sebagai membantah tindakan pihak-pihak yang mengganggu gugat keharmonian umat Islam di negara ini.
Seorang TikTokers, Harun Mohd Shah berpendapat sikap pembangkang yang bersungguh mencanangkan isu buku Hannah Yeoh kerana mereka mahu menghimpunkan seramai sejuta peserta.
“Bayangkan, kalau tak capai target, malulah pembangkang.
“Itulah sebabnya pembangkang ‘spark’ isu Hannah Yeoh ini buat macam isu baru sambil bawa naratif Islam terancam, hasut rakyat turut pada perhimpunan nanti,” katanya.
Beliau juga mengingatkan sikap pembangkang semasa 22 bulan pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini.
“… (pembangkang) hasut rakyat fitnah dalam masjid kononnya aset Tabung Haji nak dijual kepada bukan Muslim, bantah ICERD, tuduh Menteri Agama Ketika itu sokong LGBT.
“Berlaku tak? Tak berlaku. Macam itulah yang berlaku sekarang ini,” tegasnya.
Sehubungan itu, Harun menasihatkan orang ramai malah menteri menyedari tentang hasutan fitnah berbaur perkara sensitif seperti kaum, agama dan raja (3R).
“Kalau tak cerdik mudahlah termakan hasutan fitnah 3R itu.
“Kalau menteri-menteri tak nampak, jatuhlah kerajaan,” tambahnya lagi.
BACA JUGA 13 dasar dan peraturan baharu dilaksana bermula hari ini, nombor 5 paling pembangkang ‘suka’