Mampukah himpunan 6 Januari di Putrajaya jadi lautan manusia seperti 1998?
Himpunan solidariti Najib Razak yang dirancang pada 6 Januari depan menimbulkan persoalan sama ada mampu menjadi lautan manusia seperti himpunan rakyat menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 20 September 1998.
Pengguna X, Amer Hamzah mengimbas kembali himpunan Reformasi yang ikonik di Masjid Negara hampir tiga dekad itu susulan pemecatan Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri.
“Terkait himpunan 6 Januari nanti. Ini himpunan rakyat dalam erti kata solidariti sebenar.
“Tiada internet. Tiada hebahan melalui media sosial. Tiada tajaan bas, makan minum, baju, duit poket dan lawatan ke Zoo Negara.
“Hanya semangat cintakan kebenaran dan negara. Inilah kezaliman yang dilakukan terhadap Anwar Ibrahim dan rakyat berhimpun tanda solidariti,” katanya.
Beliau turut berkongsikan sedutan ucapan bersemangat Anwar yang menggunakan pembesar suara dari serambi Masjid Negara sambil disaksikan puluhan ribu rakyat.
Pada 30 Disember lalu, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh menyeru seluruh ahli Pergerakan Pemuda UMNO untuk menghadiri himpunan di Istana Kehakiman di Putrajaya pada 6 Januari.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu berkata, perhimpunan itu bagi menunjukkan solidariti sayap UMNO kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga bekas Presiden UMNO.
BACA JUGA 13 dasar dan peraturan baharu dilaksana bermula hari ini, nombor 5 paling pembangkang ‘suka’
Â