Tokoh agama, guru agama, pendakwah selebriti paling kerap lakukan jenayah seksual

Tokoh agama termasuk guru agama dan pendakwah selebriti paling kerap menyalahgunakan kedudukan mereka untuk melakukan jenayah seksual.

Statistik PDRM menunjukkan trend peningkatan kesalahan oleh golongan ini yang bersedia untuk mengeksploitasi kedudukan mereka di dalam masyarakat.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual, Wanita & Kanak-Kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, SAC Siti Kamsiah Hassan berkata golongan tersebut seringkali memanipulasi mangsa menerusi proses ‘grooming’ dan pengaruh mereka.

Pesalah memperoleh kepercayaan mangsa dengan membawa perwatakan baik dan pemurah. Mereka kemudian mula meminta mangsa untuk melakukan perkara-perkara terlarang seperti mengurut alat sulit atau berjimak,” katanya.

Taktik yang digunakan itu berkesan kerana sasaran mangsa biasanya mengidolakan pemangsa.

Beliau turut mendedahkan bahawa terdapat peningkatan kes yang melibatkan mangsa lelaki meskipun kebanyakan kes melibatkan pemangsa lelaki dan mangsa wangsa

Beliau turut mengakui bahawa kebanyakan kes sukar dibongkar kerana mangsa rasa bersalah, takut atau malu.

Ada juga kes yang terbongkar apabila mangsa hamil

Antara kes berprofil tinggi setakat ini ialah pendakwaan ke atas sebilangan pendakwah an dan kes GISBH.

BACA JUGA: Abang polis denda geng basikal lajak ketuk ketampi tarik perhatian masyarakat

Â