Baca, hadam titah Yang di-Pertuan Agong, kata PM Anwar

Kena baca, kena hadam titah Yang di-Pertuan Agong, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Demikian respon Anwar yang meminta supaya semua pihak memahami dan menerima titah Sultan Ibrahim berhubung permohonan pengampunan atau pengurangan hukuman bagi banduan.

Respon itu hadir selepas Istana Negara mengeluarkan kenyataan bahawa permohonan pengampunan atau pengurangan hukuman bagi mana-mana banduan hendaklah dikemukakan banduan berkenaan untuk dipertimbangkan Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan Yang di-Pertuan Agong.

Kenyataan itu menyebut Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa prerogatif mengikut peruntukan Perkara 42(1) dan (2) Perlembagaan Persekutuan untuk memberi ampun, tunda hukum dan lega hukum bagi apa-apa kesalahan yang dilakukan di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya selain boleh meremit, menggantung atau meringankan apa-apa hukuman yang telah dijatuhkan oleh mahkamah bagi kesalahan terbabit

Terdahulu hari ini Perdana Menteri meluangkan masa bertemu rakyat sebelum solat Jumaat dengan melawat Pusat Penjaja Wirawati dan Pusat Penjaja Seksyen 10 Wangsa Maju.

Beliau juga sempat meluangkan masa melawat lif di Perumahan Awam (PA) Desa Rejang yang telah rosak sebelum ini dan kini bakal dibaik pulih secepatnya bagi dimanfaatkan penduduk setempat.

BACA JUGA Kemuka permohonan pengampunan, Agong miliki kuasa prerogatif

Â