Pendatang asing kini rampas industri baik pulih alat elektronik pula

Pendatang asing telah memasuki pelbagai bidang pekerjaan yang selama ini menjadi sumber pendapatan dan rezeki penduduk tempatan.

Antaranya kedai jahit, kedai runcit, pasar borong, penjaja jalanan dan yang terkini membaikpulih tv dan peralatan elektronik.

Ekoran itu, Persatuan Baikpulih TV dan Elektronik (Petik), bimbang terhadap isu tular baru-baru ini di platform TikTok mengenai sebuah premis membaiki barangan elektrik yang disyaki beroperasi di Kinrara, Puchong, Selangor.

Pengerusi Petik,Dr Muhammad Khairol Hafizan Che Harun berkata, premis ini dilaporkan dimiliki dan dikendalikan oleh pendatang asing.

Hasil pemerhatian mereka, kata Muhammad Khairol, terdapat beberapa pelanggaran undang-undang yang amat membimbangkan:

  1. Pelanggaran Peraturan Imigresen dan Perniagaan:

Berdasarkan undang-undang, pekerja asing tidak dibenarkan memiliki atau menjalankan perniagaan di Malaysia. Kegiatan ini jelas melanggar peraturan sedia ada dan mencabar keabsahan perniagaan rakyat tempatan.

  1. Penetapan Harga Tidak Munasabah:

Premis ini menawarkan perkhidmatan baikpulih dengan kadar harga yang jauh lebih rendah daripada harga pasaran. Tindakan ini bukan sahaja menjejaskan rantaian kos upah tetapi juga kualiti perkhidmatan yang diberikan kepada
pelanggan. Kami bimbang jika kualiti servis yang rendah ini menyebabkan kerosakan lebih besar kepada barangan pelanggan, ia akan mencemar reputasi keseluruhan industri baikpulih elektronik.

  1. Persaingan Tidak Adil:

Keadaan ini memberi tekanan besar kepada ahli-ahli kami yang merupakan pengusaha sah dan berdaftar. Kos operasi yang lebih tinggi termasuk cukai, lesen perniagaan, dan kepatuhan kepada undang-undang membuatkan kami tidak
mampu bersaing secara sihat dengan entiti yang beroperasi secara haram.

Sehubungan itu, mereka menyeru pihak berkuasa, khususnya Jabatan Imigresen, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), untuk menjalankan operasi penguatkuasaan segera terhadap premis yang disyaki ini serta mengambil tindakan tegas terhadap individu atau entiti yang melanggar undangundang, termasuk pembatalan lesen perniagaan jika premis didapati bersalah.

Petik juga meminta agar pihak berkuasa memantau dan mengawal persaingan tidak adil dalam industri mereka untuk memastikan kelangsungan perniagaan rakyat tempatan.

“Kami, sebagai warganegara Malaysia, sangat bimbang sekiranya isu seperti ini tidak dibendung, ia akan terus menjejaskan kelangsungan ekonomi pengusaha tempatan dan membuka ruang kepada lebih banyak pelanggaran undang-undang di masa hadapan,” katanya.

Namun begitu, bagi sesetengah penduduk tempatan pula, jika mereka mempunyai pilihan lebih murah untuk membaiki peralatan elektronik mereka pula, apa salahnya membaikinya di kedai sedemikian.

Sikap sebegini tanpa disedari mempercepatkan lagi perkembangan fenomena perniagaan dari warga asing ini.

Di Bandar Tasik Puteri, Rawang, hampir kesemua kedai runcit adalah dimiliki oleh orang Aceh yang tidak diketahui samada mempunyai kerakyatan negara ini atau tidak.

Fenomena Kedai Aceh ini bukan di sini sahaja bahkan di seluruh negara terutama di Kuala Lumpur dan Selangor.

Fenomena yang baru muncul pula adalah kedai jahit pakaian dan pembaikan pakaian yang diusahakan oleh warga negara Bangladesh.

Mulanya kedai mereka hanya di tepi-tepi jalan tetapi semakin lama mereka semakin berkembang sehingga membuka kedai kekal.

“Mereka sangat cekap menjahit dan harganya pun murah,” kata seorang pelanggan sebuah kedai jahit pakaian milik warga asing ketika ditemui di Rawang, Selangor.

BACA JUGA Tiada terpalit skandal sepanjang dua tahun kerajaan MADANI, ini sebabnya

Â