Yang terancam hanyalah PN, ramai pula ‘rindu’ zaman cabutan judi 22 kali
Laman Facebook Pemuda Pas dihujani kecaman dan sindiran termasuk peringatan warganet bahawa yang terancam adalah Perikatan Nasional (PN) bukannya Islam seperti dicanang parti pembangkang itu.
Tidak kurang juga yang berseloroh rindukan zaman kerajaan PN yang menyaksikan kebenaran kepada syarikat perjudian untuk melakukan 22 kali cabutan khas berbanding hanya lapan kali cabutan pada 2020.
Reaksi netizen itu susulan hebahan Pemuda Pas mengenai Himpunan Bangkit Ummah di Masjid Kampung Baru, Kuala Lumpur yang dijadualkan berlangsung selepas solat Jumaat hari ini.
“Sampai bila kita ingin terus lena dan selesa, di saat ada yang cuba menyentuh sensitiviti agama kita?
“Wahai umat Islam, ayuh sama-sama turun ke Himpunan Bangkit Ummah untuk bangkit dan sedar dari lena,” menurut Facebook Pemuda Pas Malaysia.
Rata-rata menyelar sikap Pas yang mengadakan himpunan dengan menunggang isu buku berjudul ‘Becoming Hannah’ oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh terbitan pada 2014 itu.
“Rindu zaman jenama arak baru Timah dgn cabutan judi dari lapan kali ke 22 kali ketika Pas memerintah negara selama 33 bulan,” tulis Yusri Sood.
“Alhamdulillah, umat Islam Malaysia ni dah lama bersatu. Pas saja yang terancam sebab asyik tak cukup jumelohh nak tebuk atap,” tempelak Luqman Bey.
“Jangan terlupa kita pernah ditidurkan semasa 33 bulan,” perli Abdullah.
BACA JUGA Pandangan penduduk setempat tidak diketepi, ciri kemelayuan kekal