Pengampunan penuh untuk Najib, Umno pohon

UMNO memohon ehsan Yang Di-Pertuan Agong untuk memberikan pengampunan penuh kepada mantan presiden Datuk Seri Najib Razak.

UMNO memohon ehsan, kebijaksanaan dan keadilan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk memberikan pengampunan penuh buat Dato’ Sri Najib selaras kuasa prerogatif Baginda di bawah peruntukan Perkara 42 (1) dan (2) Perlembagaan Persekutuan,” kata presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau turut menjunjung kasih Sultan Pahang kerana memperakukan keberadaan Titah Adendum berkenaan penahanan dalam rumah untuk Najib wujud.

“UMNO menjunjung kasih Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang yang telah memperakukan Titah Addendum berkenaan penahanan dalam rumah (house arrest) Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak adalah wujud dan sahih.

“Perakuan kesahihan Titah Addendum ini yang dizahirkan oleh Pengelola Bijaya Diraja Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang membuktikan kebenaran afidavit tambahan menyokong petisyen Dato’ Sri Najib yang telah dibuat oleh saya dan YAB Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, sebelum ini.

Tengah hari tadi Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan semakan kehakiman ke atas titah addendum.

BACA JUGA: Najib berjaya dapat kebenaran mulakan semakan kehakiman sahkan Titah Adendum