Penjara tak terima titah addendum berkaitan Najib, kata Saifuddin

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mendedahkan bahawa Jabatan Penjara tidak menerima titah addendum Yang di-Pertuan Agong untuk membolehkan tahanan rumah untuk mantan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

Tambah beliau surat bertarikh 2 Feb 2024 hanya mengarahkan Jabatan Penjara melaksanakan keputusan Lembaga Pengampunan berkaitan pengurangan hukuman dan denda.

“Surat tersebut tidak menyebut apa-apa mengenai tahanan rumah.

“Oleh itu, Jabatan Penjara hanya melaksanakan apa yang terkandung dalam perintah tersebut.

“Adalah penting untuk menjelaskan bahawa KDN dan Jabatan Penjara tidak menyembunyikan sebarang keputusan Lembaga Pengampunan atau gagal mematuhinya.

“Kami hanya melaksanakan perintah yang sahih dan rasmi, seperti yang diterima,” kata Saifuddin di dalam sidang media di ibu pejabat Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Pagi ini Mahkamah Rayuan membenarkan semakan kehakiman ke atas permohonan Najib berkenaan titah adendum diraja yang mengesyorkan agar Najib menjalani tahanan rumah.

BACA JUGA:Najib berjaya dapat kebenaran mulakan semakan kehakiman sahkan Titah Adendum